Popular Posts

Jun 6, 2011

RAGBI SENTUH UPM FEB 2011




Pasukan ragbi Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) telah menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh Terbuka Kolej Ke-12 di Universiti Putra Malaysia pada 12 Februari 2011. Ini merupakan penyertaan kali pertama Matrix Chameleons dalam kejohanan tersebut. KMPh telah menghantar 2 pasukan bagi kategori Terbuka (Lelaki). Pasukan ini terdiri daripada pelajar Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun Sesi 2010/2011. Matrix Chameleons telah berjaya menjadi Naib Johan bagi Kategori Plate. Tahniah diucapkan kepada kontinjen. Kami juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan KMPh, Unit Kokurikulum, En. Asnirul Azrulhaini bin Ahmad (Jurulatih), dan Pn. Noor Hazlina Fairuz binti Fauzi (Pegawai Kontinjen & Fisioterapi). Sumbangan dan tenaga anda semua amatlah kami hargai. Pada masa akan datang, KMPh akan menyertai lagi kejohanan tersebut dengan menyertai lebih banyak kategori.







Jun 2, 2011

Sejarah Ragbi



SEJARAH RINGKAS RAGBI

RAGBI adalah sejenis permainan padang yang pantas dan memerlukan banyak kontek badan serta disepadukan dengan kemahiran-kemahiran lain seperti mengawal bola dengan tangan, berlari dan menendang. Mengikut sejarah, permainan ini bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Orang yang dipercayai bertanggungiawab terhadap permulaan dan penciptaan permainan ini ialah William Webb Ellis.

Menurut ceritanya, semasa bermain bola sepak bersama rakan rakannya, William Webb Ellis, tanpa diduga, telah menangkap bola lalu dibawanya lari. Melihatkan perbuatan Ellis itu, rakan rakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari, lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh rakan-rakannya. Mereka kemudian turut melakukannya. Maka bermulalah sejenis permainan baru.

Bagaimanapun ketika itu tiada siapa yang mahu menerima atau mengambil perbuatan Ellis dan rakan-rakannya untuk diperkembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, iaitu setelah Ellis meninggal dunia, barulah perbuatannya itu diingat kembali. Seorang rakannya, Mattheur Bloxam, telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya di dulam majalah The Meteor pada tahun 1888.
Artikel tersebut telah menyebut, iaitu tindakan Ellis yang menimbulkan idea kepada permainan ragbi bukanlah ketika dia menangkap bola, tetapi adalah tindakannya berlari ke hadapan sambil bola berada di tangannya, sehingga tiba di gol lawan. Bagaimanapun tiada pula rekod yang menceritakan tindakan Ellis setelah tiba di garisan gol lawan itu. Menurut beberapa buku sejarah sukan ragbi, di sekolah Ellis telah dibina batu asas memperingati peristiwa ini. Pada batu tersebut dicatatkan catatan berikut: With fine disregard for the rules of football as played in his time, first took the ball in his arms and run with it, this aroginating the distinctive features of the rugby game.

Dalam pada itu, permulaan ragbi oleh Ellis pada tahun 1923 itu diterima dan dimainkan oleh penuntut-penuntut Rugby School kemudiannya. Mereka mengadakan peraturan dan undang-undang sendiri, walaupun banyak set undang-undang telah diadakan di sekolah tersebut. Undang-undang mereka itu kemudiannya diterima sebagai asas kepada undang-undang ragbi yang terdapat pada hari ini.

Di samping itu terdapat pula sekolah-sekolah lain di England yang mencipta undang-undang sendiri, dengan berasaskan undang-undang di sekolah ragbi itu. Adakalanya dalam permainan ragbi, penonton turut mengambil bahagian sehingga padang di mana permainan ini dimainkan penuh sesak dan kelam-kabut.

Dari sini ragbi mula dikenali dan diminati ramai. Anak-anak muda golongan belia dan penuntut sekolah mula belajar bermain ragbi. Bagaimanapun 'permainan' mereka tidaklah teratur atau bersistem seperti yang dapat kita lihat sekarang. Ini kerana ketika itu, tiada peraturan atau undang-undang yang boleh dijadikan panduan atau cara bermain ragbi dengan betul. Lama-kelamaan, permainan ini terus mendapat sambutan. Orang ramai juga turut meminati dan tidak ketinggalan bermainnya atau sekadar menonton orang bermain. Sesuatu perkara menarik ialah adakalanya terdapat sehingga 100 orang pemain bermain ragbi.

Perkembangan Seterusnya……..
Sejak itu ragbi disebarkan ke negara-negara luar. Akan tetapi kedatangan permainan ini ke negara-negara seperti New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Perancis, Fiji, Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk di sini. Ramai yang menunjukkan minat dan tidak kurang pula yang cuba atau turut bermainnya.

Pada tahun 1839 di Universiti Cambridge, sekumpulan siswanya telah membentuk kelab ragbi, yang merupakan kelab ragbi pertama di dunia. Perlawanan pertama melibatkan dua buah sekolah diadakan pada tahun 1867. Manakala di peringkat antarabangsa, perlawanan pertama diadakan pada tahun 1871, iaitu di antara England dan Scotland. la dimainkan oleh 20 orang sepasukan dan dimainkan dalam dua tempoh selama 100 minit, terdiri daripada 50 minit satu tempoh. Seorang pengadil digunakan, tetapi pengadil tidak membawa wisel. Dia akan menggunakan isyarat sepanjang permainan. Ini menyebabkan pengadil terpaksa bekerja lebih keras daripada pemain.

Pada akhir tahun 1870-an barulah penggunaan wisel oleh pengadil dimulakan. Lima tahun kemudian dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain sejak itu ditetapkan kepada 15 orang dan tidak lagi 20. Dengan demikian, permainan kelihatan lebih teratur dan kekasaran dapat dikurangkan. Bilangan penonton yang menyaksikan satu-satu perlawanan semakin bertambah. Banyak pasukan dan kelab-kelab ragbi ditubuhkan dan dengan sendirinya menunjukkan bahawa ragbi sudah menjadi salah satu permainan disukai ramai.

Permainan Antarabangsa……..
Seperti kebanyakan permainan dan sukan yang mempunyai persatuannya, ragbi juga tidak ketinggalan. Kesatuuan Ragbi (Rugby Football Union) ditubuhkan pada tahun 1871 di England. Antara tujuan utama penubuhan kesatuan ini ialah sebagai badan penyelaras dan yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada perkembangan sukan ragbi di peringkat dunia. la bertanggungjawab memperkenalkan peraturan dan undang-undang permainan, menganjurkan kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa, dan menggalakkan perkembangan sukan ini menerusi pelbagai cara tertentu.

Hasrat menjadikan ragbi sebagai sukan bertaraf dunia tercapai akhirnya dengan adanya perlawanan antarabangsa serta berkembangnya sukan ini ke negara-negara lain seperti Scotland, Wales, Ireland, Perancis, Australia, New Zealand, Afrika Selatan serta negara-negara Asia Timur. Selain mengadakan perlawanan dengan sesama mereka, terdapat pula pertandingan yang dianjurkan, yang mana penyertaannya adalah untuk pasukan atau kelab-kelab tempatan.

Pertandingan Yang Dianjurkan……….
Sejak perlawanan pertama antara England dengan Scotland pada tahun 1871, banyak lagi perlawanan lain sama ada yang melibatkan salah satu negara British atau negara-negara lain, diadakan. Pada tahun 1878 pertandingan untuk merebut Piala Calcutta bermula, iaitu pertandingan tahunan antara England dengan Scotland.

Pada tahun 1900, ragbi telah diterima dalam Sukan Olimpik untuk kali pertama. Cuma dua pasukan sahaja yang mengambil bahagian, iaitu Perancis dan Jerman. Perancis mengalahkan Jerman 25-16. Ragbi sebagai acara Sukan Olimpik diteruskan untuk Sukan Olimpik 1908 (London), Antwerp (1920) dan Paris (1924). Namun sambutan dari segi bilangan negara mengambil bahagian amat dingin. Cuma dua pasukan sahaja mengambil bahagian dan Sukan Olimpik 1908 dan 1920, manakala di Sukan Olimpik 1924, tiga negara turut serta. Akhirnya permainan ini diketepikan daripada Sukan Olimpik hinggalah sekarang.
Kejohanan dunia hanya bermula pada tahun 1987 di Australia. la diadakan empat tahun sekali. Dalam kejohanan pertama ini pasukan New Zealand telah menjadi juara dengan menumpaskan Perancis dalam perlawanan akhir, manakala Australia menduduki tempat ketiga. Sambutan yang diterima terhadup kejohanan ini amat menggalakkan dan kebanyakan perlawanan berjaya menarik minat ribuan penonton. Kejohanan dunia kedua diadakan di London pada tahun 1991.

Di peringkat Asia, terdapat pertandingan Asia yang mana negara kita turut mengambil bahagian. Tempat terbaik yang pernah kita capai ialah tempat keempat. Negara kita juga pernah menjudi tuan rumah pertandingan Asia ini. Satu lagi kejohanan yang kini mendapat tempat dalam kalendar ragbi Asia ialah Kejohanan 7-Sebelah Hong Kong. Kejohanan dan pertandingan lain termasuk Sukan Sea, Jemputan Terbuka Malaysia, Kejohanan Antarabangsa COBRA dan perlawanan tahunan Malaysia-Singapura dan Malaysia-Negara Thai.

Hari ini ragbi dimainkan di seluruh dunia. Satu perkara menarik tentang sukan ini ialah lawatan-lawatan sambil bermain pasukan-pasukan terkenal ke merata tempat dunia. Umpamanya, pasukan British sering ke luar negeri hingga ke Hindia Barat, Afrika Selatan, Sri Lanka, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Fiji, Tonga, Jepun, Papua New Guinea, Argentina, Chile dan Brazil. Begitu juga dengan pasukan New Zealand yang lebih dikenali dengan sebutan The All Blacks, sering mengadakan lawatan sambil bermain ke negara-negara Eropah dan Amerika Selatan.

RAGBI DI MALAYSIA
Ragbi mula diperkenalkan ke Malaysia selepas Perang Dunia Pertama. Mengikut sejarah perkembangan sukan ini, ianya bermula pada tahun 1925 di Negeri Sembilan. Pada suatu hari, beberapa orang pemain sedang menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Antara yang mengikuti latihan itu termasuk beberapa orang Eropah yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan.
Setelah latihan tamat salah seorang pegawai Inggeris itu Lt. D. E. Lauder telah memanggil semua pemain dan menceritakan kepada mereka tentang hasratnya untuk menubuhkan kelab ragbi yang dianggotai oleh orang-orang Asia sahaja.

Beberapa bulan kemudian tertubuhlah Kelab Ragbi (Football Association) pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan, ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab-kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti YMCA Kuala Lumpur, The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari lpoh, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur.

Pada tahun 1934 perlawanan ragbi antara negeri pertama diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues (Negeri Sembilan). Tiga negeri mengambil bahagian, iaitu Negeri Sembilan, Perak dan Melaka. Pasukan Perak telah muncul sebagai johan. Siri pertandingan ini telah berjalan setiap tahun hingga tahun 1963 apabila tertubuhnya Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM). Pada tahun itu KRM telah mengambil alih pertandingan itu dan menggantikannya dengan pertandingan bawah 23 tahun.

Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues, dan coraknya adalah seiring dengan pertandingan bola sepak, yakni antara negeri. Pertandingan bertujuan memberi peluang kepada penduduk negara ini mengambil bahagian telah mendapat sambutan menggalakkan dan bilangan pasukan negeri yang mengambil bahagian meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 1982 pertandingan Piala Malaya diadakan buat kali terakhir, dan pada tahun berikutnya piala baru, iaitu Piala Agong telah menggantikan Piala Malaya itu. Kini pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun.

Di samping itu, terdapat pertandingan-pertandingan lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan Bawah 23 Tahun, kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) serta beberapa kejohanan jemputan sama ada anjuran KRM ataupun negeri-negeri.

Ragbi juga terkenal di kalangan pelajar-pelajar, khususnya sekolah menengah, sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini. Tidak lama dahulu diadakan pertandingan antara sekolah-sekolah Malaysia untuk merebut Piala Mori, tetapi kini pertandingan ini telah diganti dengan pertandingan antara negeri.

Gambar kenangan bersama rakan-rakan ragbi

UPSI Eagle's

UPSI Eagle's