KEJOHANAN RAGBI SENTUH 5 SEBELAH
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2012
UNDANG – UNDANG
(Undang-undang `Rugby Board` yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (IRFB), dan Undang-undang Federation of International Touch (F.I.T) yang telah diubahsuai).
1. Padang permainan ragbi sentuh dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa.
2. Pasukan menyerang harus bermula dengan sekali “tab” dari tengah padang.
3. Pasukan bertahan harus undur 5 meter untuk memulakan permainan, dan setelah gol masing-masing.
4. Setelah mana-mana pasukan melakukan skor, permainan bermula lagi dengan “tab” di tengah-tengah padang.
5. Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola di antara 2 kakinya (Rollball).
Cara Rollball dilakukan
§ Bola berada pada tandanya
§ Pemain melangkah melebihi bola tersebut
§ Bola digulingkan ke belakang di atas tanah.
§ Ia mesti digulingkan di antara kaki.
§ Jarak digulingkan tidak lebih dari satu (1) meter.
6. Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6 sentuhan.
7. Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh.
8. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihak lawan.
9. Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball”
10. Setelah menyentuh pemain menyerang yang memegang bola, semua ahli pasukan bertahan harus undur 5 meter dengan kadar yang segera.
11. Hilang giliran (turn over) : Berlaku apabila pasukan menyerang hilang giliran dengan sebarang sebab. Maka, bola perlu diberi kepada pasukan bertahan dan dimulakan dengan “Rollball”
Kesalahan yang mengakibatkan Hilang Giliran (turn over)
§ Bola jatuh ke tanah (Ball to ground)
§ Bola dijatuhkan (dropped),
12. Ketika seseorang diberi penalti/hukuman, seluruh ahli pasukannya ketika itu harus undur 5 meter ke belakang dengan kadar yang segera.
Kesalahan yang mengakibatkan Penalti
§ Offside : pemain bertahan tidak undur 5 meter
§ Jika sentuhan dianggap terlalu kuat.
§ Forward Pass : berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika bola tersebut dilemparkan pemain yang menerima bola berada di hadapan pemain yang melemparkan bola.
§ Touch and Pass : Berlaku ketika pemain yang disentuh kemudian terus membuat hantaran tanpa berhenti.
§ Overstep or off the mark: Apabila pemain yang telah disentuh berjalan meninggalkan t anda di mana mereka disentuh.
§ Voluntary Rollball atau tidak disentuh (no touch) : Apabila pemain tersebut tidak disentuh dan menggulingkan bola antara kaki mereka atau terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan tidak menggulingkan bola di antara kakinya semasa melakukan “Rollball”.
§ Lebih dari satu meter semasa “Rollball”: Bola tidak boleh digulingkan lebih dari satu meter.
§ Shepherd or obstruction: Menghalang pihak lawan daripada menyentuh pemain yang memegang bola.
Cara Penalti diambil
Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.
13. Pemain boleh mendapat sin-binned selama 5 minit tanpa penggantian. Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yang sedang berlari, dan sebagainya,
No comments:
Post a Comment