Popular Posts

Feb 8, 2012

Peraturan Am

KEJOHANAN RAGBI SENTUH 5 SEBELAH
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2012

Peraturan Am Pertandingan


Nama Pertandingan
“KEJOHANAN RAGBI SENTUH 5 SEBELAH, KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2012”

Pengurusan Pertandingan
Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandiangan adalah dibawah kelolaan Jawatankuasa Kejohanan iaitu Unit Kokurikulum, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).

Undang-undang
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang `Rugby Board` yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (IRFB), dan Undang-undang Federation of International Touch (F.I.T) yang telah diubahsuai. Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan, akan diputuskan oleh urus setia kejohanan dan keputusan adalah muktamad.

Peraturan pertandingan
Mengikut Peraturan Pertandingan yang dikuatkuasakan sepanjang Kejohanan Ragbi Sentuh 5 Sebelah Kolej Matrikulasi Pahang 2012

Kategori pertandingan
Kategori Lelaki (Mengikut Blok Kediaman B1 dan B2)
Kategori Wanita (Mengikut Blok Kediaman A1, A2, C1 dan C2)

Penyertaan
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Pahang.
Penyertaan pasukan terdiri daripada penghuni blok kediaman yang sama sahaja.
Bagi Kategori Lelaki, setiap blok kediaman dibenarkan mendaftar tidak melebihi 3 (tiga) pasukan.
Bagi Kategori Wanita, setiap blok kediaman dibenarkan mendaftar hanya 1 (satu) pasukan sahaja.
Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Penyertaan rasmi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Yuran penyertaan adalah RM14.00 untuk setiap pasukan. Bayaran hendaklah dibuat semasa menyerahkan Borang Penyertaan.
Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan sebelum tarikh tutup penyertaan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Februari 2012 (Khamis). Sebarang kelewatan pendaftaran sila hubungi pihak penganjur.
Cabutan undi kedudukan pasukan dalam kumpulan akan pada 17 Februari 2012 (Jumaat).

Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan
Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 7 orang pemain. (minimum 5 orang pemain).
Wakil pasukan hendaklah mengesahkan pendaftaran pasukan ke meja teknikal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan pertama bermula.
Sekiranya seseorang pemain tercedera dan tidak dapat bermain, pasukannya boleh menggantikan pemain tersebut dan pemain tersebut hendaklah didaftarkan dalam borang pendaftaran (sebelum perlawanan pertama pasukan)
Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain yang tidak didaftarkan sepanjang pertandingan, penyertaan pasukan boleh dibatalkan serta-merta.

Waktu Sesuatu Perlawanan
Semua pasukan hendaklah berada di padang 5 minit sebelum perlawanan bermula.
Sekiranya kedua-dua pasukan gagal untuk berada di padang 5 minit sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan tersebut boleh ditolak penyertaannya.

Kelewatan
Hanya 5 minit diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan tiga (3) mata kemenangan dan bilangan try 3-0.

Bilangan Pemain Minima
Sesebuah pasukan hendaklah menurunkan sekurang-kurangnya 3 orang pemain yang berdaftar apabila pengadil memerintah perlawanan dimulakan. Mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini maka kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan dengan bilangan try 3-0.
Sekiranya kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 3 pemain di padang selepas 5 minit apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan maka penganjur mempunyai kuasa untuk membatalkan peyertaan kedua-dua pasukan dan wang pendaftaran TIDAK akan dikembalikan kepada pasukan tersebut.

Penggantian Pemain
Mana-mana 7 pemain yang berdaftar boleh diganti/ditukar pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan.
Mana-mana pemain yang telah diganti dibenarkan bermain semula didalam perlawanan tersebut.

Format Perlawanan
Kategori Lelaki (3 Pasukan Satu Kumpulan)
Pasukan dalam kategori ini akan bermain secara liga satu pusingan untuk menentukan kedudukan Pool.
Tempat Pertama dan Kedua dalam setiap kumpulan akan bermain pada peringkat Separuh Akhir (Johan setiap kumpulan akan bertemu Naib Johan kumpulan yang satu lagi).
Pemenang peringkat Separuh Akhir akan bermain pada peringkat Akhir.
Pasukan yang tewas pada peringkat Separuh Akhir akan bermain bagi penentuan tempat Ketiga dan Keempat.

Kategori Wanita (4 pasukan) 
Pasukan dalam kategori ini akan bermain secara liga satu pusingan untuk menentukan kedudukan Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat.

Cara Menentukan Keputusan (Pusingan Liga)
Bagi pertandingan peringkat liga, mata berikut akan diberi:

Menang                 -           3  Mata
Seri                        -           1  Mata
Kalah                     -           0  Mata
No Show               -           0  Mata
Walk – over           -           3  Mata
  
Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang terikat dengan mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan berpandu kepada urutan berikut:

Pasukan dengan lebih perbezaan skor dikira pemenang (try - kena).
Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah try terbanyak dikira pemenang.
Jika masih seri, pasukan yang pernah menewaskan lawannya dikira pemenang.

Cara Menentukan Keputusan (Separuh Akhir & Akhir)
Bagi pertandingan peringkat Separuh Akhir dan Akhir, sekiranya berlaku seri selepas tamat masa sebenar permainan, urutan berikut akan diguna pakai bagi menentukan pemenang:

Masa tambahan 5 minit sehala ‘Sudden Death’ akan diberi dengan pemain dikurangkan kepada 4 orang sahaja.
Pasukan yang mendapat try dalam tempoh tersebut akan diisytihar sebagai pemenang.
Sekiranya masih tiada keputusan selepas masa tambahan berakhir, maka akan diberikan tendangan penalti sebanyak 3 kali setiap pasukan. Jika seri juga maka 1 tendangan penalti akan diberikan lagi. Jika seri juga, 1 tendangan penalti akan diberikan. Jika keputusan tidak berubah, lambungan syiling ‘best of three’ yang dilakukan oleh pengadil bagi menentukan pemenang.
Pihak pengadil berhak menentukan pasukan mana yang dulu akan melakukan tendangan penalti melalui undian. Pihak penganjur juga berhak menentukan jarak tendangan penalti.

Tempoh Perlawanan
Tempoh perlawanan bagi peringkat kumpulan adalah 10 minit sehala.
Masa perlawanan Separuh Akhir dan Akhir ialah 7 minit setiap bahagian (7 minit – 1 minit – 7 minit).

Perlawanan Yang Ditunda Atau Diberhentikan 
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang ditunda diluar kawal kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan. Jawatankuasa kejohanan akan menentukan bilakah perlawanan yang tertunda atau terhenti itu akan diadakan.
Jika perlawanan telah dijalankan lebih 7 minit keputusan perlawanan dikekalkan.

Tindakan Tatatertib
Tindakan tatatertib secara automatik akan dilaksanakan keatas pemain-pemain seperti berikut:

Seseorang pemain yang telah dikenakan kad kuning sebanyak 2 kali oleh pengadil didalam satu-satunya perlawanan, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan.
Seseorang pemain yang telah dikenakan kad merah oleh pengadil, pemain tersebut secara automatik akan digantung satu perlawanan.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang memulakan PERGADUHAN atau mengeluarkan terus kedua-dua pasukan yang terlibat dari menyertai perlawanan seterusnya dalam pertandingan ini dan yuran penyertaan TIDAK akan dikembalikan.
Jawatankuasa kejohanan (teknikal) boleh mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pemain atau pasukan selain daripada peruntukan yang dinyatakan jika perlu.
Keputusan jawatankuasa adalah muktamad dalam membuat keputusan sebarang PERGADUHAN

Pakaian Pemain
Jersi hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing.
Jersi boleh ada atau tiada nombor pemain.
Warna asas pada jersi perlulah sepadan.
Sekiranya warna jersi pasukan sama, salah satu pasukan akan memakai ’beep’.

Bantahan 
Semua bantahan dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Ketua Pasukan berkenaan dan diserahkan kepada pihak jawatankuasa penganjur dalam masa 30 minit selepas perlawanan.
Sebarang bantahan hendaklah disertakan wang tunai sebanyak RM50 (tidak akan dikembalikan). Keputusan Ahli Jawatankuasa penganjur adalah muktamad.

Hadiah Yang Disediakan

TEMPAT PERTAMA
-
T-Shirt, Baucar Makanan dan Sijil
TEMPAT KEDUA
-
T-Shirt, Baucar Makanan dan Sijil
TEMPAT KETIGA
-
T-Shirt, Baucar Makanan dan Sijil
TEMPAT KEEMPAT
-
Baucar dan Sijil

Nota : Sijil Penyertaan akan diberi kepada setiap pasukan yang bertanding bagi keperluan Markah 10% Kokurikulum ke IPTA.

Hal-hal Yang Tidak Diperuntukkan
Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan dan pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan atau memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan kejohanan dan keputusan penganjur adalah muktamad.
  
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berhubung dengan sukan ragbi sentuh dan pendaftaran pasukan sila hubungi:

En. Salim bin Yusof                      : 01X XXXXXXX
Unit Kokurikulum, KMPh              : 09 5495000


No comments:

Post a Comment