Popular Posts

Feb 10, 2014

Contoh Kertas Kerja Menyertai kejohanan Ragbi 2013

Kejohanan Ragbi Tujuh (7) Sepasukan Remaja Pahang 2013


1.0   PENGENALAN


Kejohanan Ragbi Tujuh (7) Sepasukan Remaja Pahang 2013 merupakan kejohanan bagi pemilihan pemain untuk pasukan Ragbi Sukan Malaysia Pahang (SUKMA) 2013. Kejohanan ini melibatkan enam belas (16) buah pasukan termasuk pasukan dari Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) dan kolej matrikulasi yang berumur bawah 21 tahun. Ini merupakan penyertaan kali pertama Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dalam kejohanan tersebut.


2.0   MATLAMAT


Matlamat utama menyertai kejohanan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memperolehi 10% markah kokurikulum untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


3.0   OBJEKTIF


Beberapa objektif mengenai penyertaan ke kejohanan ini. Di antara objektif tersebut ialah:

3.1          Mengeratkan perhubungan dalam kalangan pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pasukan bertanding yang terdiri daripada kelab, daerah dan Institusi Pengajian Tinggi yang lain.
3.2          Memberi peluang pelajar meningkat kemahiran dalam sukan ragbi.
3.3          Melahirkan golongan pelajar yang dapat menerapkan pelbagai aspek nilai-nilai murni melalui pertandingan kokurikulum yang sihat.


4.0   NAMA PROGRAM


Kejohanan Ragbi Tujuh (7) Sepasukan Remaja Pahang 2013.


5.0   TARIKH DAN MASA


Tarikh pertandingan dijadualkan pada 23 dan 24 Februari 2013 (Sabtu dan Ahad), mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

6.0          PENGELOLA


Kejohanan ini akan dianjurkan Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP).


7.0          PENYERTAAN


Pasukan Kolej matrikulasi Pahang telah mendaftar sebanyak dua pasukan yang terdiri daripada 12 orang pemain dalam setiap pasukan, iaitu Pasukan Matrikulasi A dan Pasukan Matrikulasi B. (Sila rujuk Lampiran A)

8.0          LOKASI


Padang Kemunting,
Jalan Tanah Putih,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.



9.0   JAWATANKUASA INDUK


Penaung
:
(Nyatakan nama)
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penasihat
:
(Nyatakan nama)
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pegawai Pengiring
:
(Nyatakan nama)
Pengurus Pasukan Ragbi
Kolej Matrikulasi Pahang


:
Asnirul Azrulhaini bin Ahmad


Jurulatih Pasukan Ragbi


Kolej Matrikulasi Pahang

 

10.0       PERBELANJAAN


Sila rujuk LAMPIRAN B.


11.0       JADUAL PERLAWANAN


Sila rujuk LAMPIRAN C

 

12.0       PERATURAN PERTANDINGAN


Sila rujuk LAMPIRAN D


13.0       SURAT SIARAN KEJOHANAN


Sila rujuk LAMPIRAN E

 

14.0 PENUTUP



Adalah diharapkan Kejohanan Ragbi Tujuh (7) Sepasukan Remaja Pahang 2013 ini akan memberi impak yang positif kepada setiap pemain pasukan ragbi kolej bagi meningkatkan kemahiran sukan ragbi seterusnya dapat menyertai pasukan ragbi semasa melanjutkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi nanti.

No comments:

Post a Comment