Popular Posts

Feb 10, 2014

Contoh Kertas Kerja Menyertai Kejohanan Ragbi Jemputan 2012

Kejohanan Persahabatan Ragbi Tujuh (7) Sebelah Jemputan,
Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP)


1.0   PENGENALAN


Kejohanan Persahabatan Ragbi Tujuh (7) Sebelah Jemputan merupakan satu perlawanan persahabatan sukan ragbi di antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang. Kejohanan ini melibatkan sepuluh (10) buah kolej IPT termasuk kolej matrikulasi. Ini merupakan penyertaan kali pertama Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dalam kejohanan tersebut.


2.0   MATLAMAT


Matlamat utama menyertai kejohanan ini adalah untuk persiapan pasukan Ragbi KMPh ke Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) Kali Ke-12 yang akan berlangsung di Kolej matrikulasi Kedah pada 17 hingga 22 November 2012.


3.0   OBJEKTIF


Di sini digariskan beberapa objektif mengenai penyertaan ke kejohanan ini. Di antara objektif tersebut ialah:

3.1   Memberi peluang kepada pelajar memperolehi 10% markah kokurikulum untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
3.2          Mengeratkan perhubungan dalam kalangan pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Institusi Pengajian Tinggi yang lain.
3.3        Melahirkan golongan pelajar yang dapat menerapkan pelbagai aspek nilai-nilai murni melalui pertandingan kokurikulum yang sihat.


4.0   NAMA PROGRAM


Kejohanan Persahabatan Ragbi Tujuh (7) Sebelah Jemputan


5.0   TARIKH DAN MASA


Tarikh pertandingan dijadualkan pada 7 Oktober 2012 (Ahad), mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

6.0          PENGELOLA


Kejohanan ini akan dianjurkan Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP).


7.0          PENYERTAAN


Pasukan Kolej matrikulasi Pahang telah mendaftar sebanyak dua pasukan yang terdiri daripada 15 orang pemain dalam setiap pasukan, iaitu Pasukan Matrix A dan Pasukan Matrix B. (Sila rujuk Lampiran A)

8.0          LOKASI


Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS),
KM 12, Jalan Gambang,
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.


9.0   JAWATANKUASA INDUK


Penaung
:
(Nyatakan nama)
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penasihat
:
(Nyatakan nama)
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengurus Pasukan Matrix A
:
(Nyatakan nama)
Jurulatih Pasukan Ragbi
Kolej Matrikulasi Pahang

Pengurus Pasukan Matrix B
:
(Nyatakan nama)
Jurulatih Pasukan Ragbi
Kolej Matrikulasi Pahang


10.0       PERBELANJAAN


Sila rujuk LAMPIRAN B.


11.0       JADUAL PERLAWANAN


Sila rujuk LAMPIRAN C

 

12.0       PERATURAN PERTANDINGAN


Sila rujuk LAMPIRAN D


13.0       SURAT SIARAN KEJOHANAN


Sila rujuk LAMPIRAN E

 

14.0 PENUTUP


Adalah diharapkan Kejohanan Persahabatan Ragbi Tujuh (7) Sebelah Jemputan

ini akan memberi impak yang positif kepada pasukan ragbi kolej bagi menghadapi KAKOM 12 nanti.

No comments:

Post a Comment