APA ITU RAGBI SENTUH?
Pengenalan
Permainan yang unik; hanya memerlukan bola ragbi, padang untuk bermain dan beberapa orang rakan.
Permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dan tidak merbahaya.
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda dan lelaki mahupun perempuan.
Permainan ini sangat mudah untuk dipelajari dan dimainkan.
Objektif permainan
Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai 'try' atau ‘Touchdown’ dan untuk mengelakkan pihak lawan daripada melakukan ‘try’ atau ‘Touchdown’
Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke hadapan dan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran.
Selain itu, bergerak bersama-sama bola akan memberi kelebihan untuk mendapatkan kawasan padang dan untuk mendapatkan peluang mendapatkan skor.
Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerang memperolehi kelebihan kawasan padang dan juga mata.
PRINSIP UMUM PERMAINAN
1. Maju :
Ketika Menyerang:
Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukan bertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampiri garisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukan menyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnya menghampiri garisan skor pihak bertahan.
Dalam Pertahanan:
Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruang pihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang dari menghampiri dan menguasai kawasan skor.
2. Menyokong (Support) pembawa bola pada setiap masa:
Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang mempunyai pilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan.
Sokongan yang rapat juga bermaksud kawasan tanah sendiri tidak harus hilang ketika membuat hantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan.
Ingat, hantaran langsung ke sisi dibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan
3. Penukaran pemain sebanyak mungkin:
Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama ada menang atau kalah.
Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan anda menyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain
Apabila anda telah membuat skor (touchdown/try), idea yang baik adalah dengan menukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan.
Permulaan Permainan
Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang atau pasukan mana yang akan memulakan permainan dengan ‘tab’ dari tengah kawasan padang.
No comments:
Post a Comment