Popular Posts

Sep 27, 2012

Bahang KAKOM 2012 makin terasa....

Buat pertama kalinya acara sukan Ragbi akan dipertandingkan pada Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) di Kolej matrikulasi Kedah pada 17 hingga 22 November 2012. Setiap kontinjen yang bertanding begitu teruja menantikan acara sukan Ragbi ini yang sememangnya popular dalam kalangan pelajar Program Matrikulasi kerana kebanyakan pelajar dari sekolah berasrama penuh, sekolah sains, dan MRSM.

Pasukan ragbi Kolej Matrikulasi Pahang turut melakukan persiapan bagi menyertai pertandingan KAKOM Kali Ke-12.



Perlawanan persahabatan kali pertama dengan Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka.


Feb 22, 2012

Ragbi Sentuh 5 Sebelah KMPh 18.02.2012


Kejohanan Ragbi Sentuh 5 Sebelah KMPh 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 18 Februari 2012. Sambutan yang diberikan  sangat menggalakkan walapun baru pertama kali acara sukan ragbi sentuh dipertandingkan di KMPh. Terdapat pelbagai program yang telah dijalankan serentak pada hari tersebut iaitu Kejohanan Futsal, dan Kejohanan Bola Jaring 3 On 3 anjuran Unit Kokurikulum KMPh. Unit Sains Komputer turut terlibat sama dengan menganjurkan ICT Outdoor Fest di sekitar Kompleks Sukan. Antara acara ICT Outdoor Fest yang dianjurkan ialah majlis perasmian dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan montaj, poster, blog, dan sudoku. Acara lain yang dipertandingan pada hari tersebut ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, Fun Wheel, dan Treasure Hunt. Unit Kokurikulum KMPh turut membuka gerai-gerai jualan yang diuruskan oleh pelajar-pelajar subjek Kokurikulum. Program turut dimeriahkan dengan persembahan muzik oleh pelajar dan staf KMPh.

Keputusan Kejohanan Ragbi Sentuh 5 Sebelah KMPh 2012

Kategori Lelaki :

Johan
Azhar Idrus RC
N.Johan
Kubo Rugby Team (KRT)
Ketiga
PBBP RC
Kempat
Boboiboy RC

Kategori Wanita:

Johan
Megalania Zombos A1
N.Johan
The Gladiator A2
Ketiga
Musketeers C1
Kempat
The Dragon Team C2


TANGKAS! Pasukan Azhar Idrus RC cuba sedang cuba mengatasi pasukan lawan.

TOUCHDOWN!



HEBAT ! Barisan urus setia yang sentiasa ramah dan pemurah dengan senyuman.
KEBAL! Tetap senyum walaupun panas terik.
CEKAP! Ketua Urus Setia Kejohanan Ragbi Sentuh 5 Sebelah KMPh

Pegawai Teknikal Pertandingan


TEKUN! Gelagat pasukan yang bertanding menyaksikan perlawanan pembukaan.

TAHNIAH! Gambar kenangan bersama pasukan-pasukan yang menang.

YEAHHH!
 


AKSI-AKSI PASUKAN YANG BERTANDING!


MANTAP! Live Band pelajar KMPh.

Feb 14, 2012

Ragbi Sentuh?

APA ITU RAGBI SENTUH?

Pengenalan
Permainan yang unik; hanya memerlukan bola ragbi, padang untuk bermain dan beberapa orang rakan.
Permainan yang pantas, melibatkan  sentuhan  yang minimum dan tidak merbahaya.
Sesuai  untuk  semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda dan lelaki  mahupun  perempuan.
Permainan  ini  sangat mudah untuk dipelajari dan dimainkan.

Objektif permainan
Objektif  permainan  ini  kepada  setiap  pasukan  adalah  untuk  mendapatkan  nilai  'try' atau ‘Touchdown’ dan untuk mengelakkan  pihak lawan daripada  melakukan ‘try’ atau ‘Touchdown’
Bola  mungkin  akan  dihantar  kepada  pemain  lain,  mungkin  akan  terjatuh  ke  hadapan  dan  mungkin  juga  dipintas oleh pihak lawan ketika  pemain  membuat  hantaran.
Selain itu,  bergerak  bersama-sama  bola akan memberi  kelebihan untuk mendapatkan kawasan padang dan untuk mendapatkan  peluang mendapatkan skor.
Pemain  pasukan  yang bertahan  perlu  mengelakkan  pemain  dari pasukan menyerang memperolehi  kelebihan kawasan  padang dan  juga mata.


PRINSIP UMUM PERMAINAN

1.        Maju :

Ketika Menyerang:
Objektif  permainan  ini  adalah  untuk  melakukan  skor  lebih daripada pasukan  bertahan. Untuk  mencapai matlamat  ini,  pemain  perlu  membawa  bola  menghampiri  garisan skor  pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal  yang  dicipta oleh  pasukan  menyerang  akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnya  menghampiri  garisan  skor  pihak  bertahan.

Dalam Pertahanan:
Ketika bertahan, pemain  bertahan  perlu berusaha untuk memintas masa dan ruang pihak lawan dengan bergerak  ke  hadapan  untuk  mengelakkan  pasukan  menyerang  dari  menghampiri  dan  menguasai  kawasan skor.

2.     Menyokong (Support) pembawa bola pada setiap masa:
Sokongan  yang  rapat  daripada  pembawa  membolehkan  pihak   menyerang   mempunyai  pilihan  yang  banyak  untuk  menyerang  dan  mengekalkan  kedudukan.
Sokongan  yang   rapat  juga  bermaksud   kawasan   tanah  sendiri  tidak  harus  hilang  ketika  membuat  hantaran bola  ke  belakang  untuk  rakan  sepasukan.
Ingat, hantaran langsung  ke  sisi  dibenarkan  dan  merupakan  hantaran  paling  berkesan

3.     Penukaran pemain sebanyak mungkin:
Seorang  pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama ada menang atau kalah.
Lihat  dan  lakukan  pertukaran  pemain  ketika pasukan anda menyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran  pemain
Apabila anda  telah membuat  skor  (touchdown/try),  idea  yang  baik  adalah  dengan  menukarkan  pemain  baru di padang  untuk  menjaga  potensi  pasukan.


Permulaan Permainan
Pasukan  yang  memenangi  balingan  syiling  akan  memilih  kawasan  padang  atau pasukan mana yang akan memulakan  permainan dengan ‘tab’ dari  tengah kawasan padang.

Undang-Undang

KEJOHANAN RAGBI SENTUH 5 SEBELAH
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2012

UNDANG – UNDANG
(Undang-undang `Rugby Board` yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (IRFB), dan Undang-undang Federation of International Touch (F.I.T) yang telah diubahsuai).

1.             Padang permainan ragbi sentuh dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa.
2.             Pasukan menyerang harus bermula dengan sekali “tab” dari tengah padang.
3.             Pasukan bertahan harus undur  5  meter untuk memulakan permainan, dan setelah gol masing-masing.
4.             Setelah mana-mana pasukan melakukan skor, permainan bermula lagi dengan “tab” di tengah-tengah padang.
5.             Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola di antara  2  kakinya (Rollball).

Cara Rollball dilakukan
§  Bola berada pada tandanya
§  Pemain melangkah melebihi bola tersebut
§  Bola digulingkan ke belakang di atas tanah.
§  Ia mesti digulingkan di antara kaki.
§  Jarak digulingkan tidak lebih dari satu (1) meter.

6.             Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6 sentuhan.
7.             Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh.
8.             Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihak lawan.
9.             Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball”
10.        Setelah  menyentuh  pemain  menyerang  yang  memegang  bola,  semua ahli pasukan bertahan harus undur  5  meter dengan kadar yang segera.
11.       Hilang  giliran  (turn over) : Berlaku  apabila pasukan menyerang hilang giliran dengan sebarang sebab. Maka, bola perlu diberi  kepada  pasukan  bertahan dan dimulakan  dengan “Rollball”

Kesalahan yang mengakibatkan Hilang Giliran (turn over)
§   Bola jatuh ke tanah (Ball to ground)
§   Bola dijatuhkan (dropped),

12.       Ketika  seseorang  diberi  penalti/hukuman,  seluruh  ahli  pasukannya  ketika  itu harus undur  5  meter  ke  belakang dengan  kadar  yang  segera.

Kesalahan yang mengakibatkan Penalti
§   Offside : pemain  bertahan tidak undur 5 meter
§   Jika sentuhan dianggap  terlalu kuat.
§   Forward Pass : berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika  bola  tersebut dilemparkan pemain  yang  menerima  bola  berada  di  hadapan  pemain  yang  melemparkan bola.
§   Touch and Pass : Berlaku  ketika pemain yang  disentuh  kemudian  terus  membuat  hantaran tanpa berhenti.
§   Overstep or off  the  mark: Apabila  pemain  yang  telah disentuh  berjalan  meninggalkan t anda di  mana mereka  disentuh.
§   Voluntary Rollball atau tidak disentuh (no touch) : Apabila pemain tersebut tidak disentuh dan menggulingkan  bola  antara  kaki  mereka atau terjadi apabila  seorang  pemain  tidak menyentuh  dan  tidak menggulingkan  bola di antara kakinya  semasa  melakukan  “Rollball”.
§   Lebih dari satu meter semasa “Rollball”: Bola tidak boleh digulingkan  lebih  dari  satu  meter.
§   Shepherd  or  obstruction:  Menghalang  pihak  lawan  daripada  menyentuh pemain yang memegang  bola.

Cara Penalti diambil
Penalti  diambil  dengan  menempatkan  bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh bola dengan  kaki  dan mengangkat  bola  kemudian  meneruskan  permainan.  

13.    Pemain boleh mendapat sin-binned selama 5 minit tanpa penggantian. Untuk pertelingkahan kecil,  misalnya bertengkar  dengan  pengadil,  melanggar  dengan  sengaja menggunakan  bahu,  menyepak kaki pihak lawan yang sedang berlari, dan sebagainya,

Feb 8, 2012

Peraturan Am

KEJOHANAN RAGBI SENTUH 5 SEBELAH
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2012

Peraturan Am Pertandingan


Nama Pertandingan
“KEJOHANAN RAGBI SENTUH 5 SEBELAH, KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2012”

Pengurusan Pertandingan
Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandiangan adalah dibawah kelolaan Jawatankuasa Kejohanan iaitu Unit Kokurikulum, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).

Undang-undang
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang `Rugby Board` yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (IRFB), dan Undang-undang Federation of International Touch (F.I.T) yang telah diubahsuai. Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan, akan diputuskan oleh urus setia kejohanan dan keputusan adalah muktamad.

Peraturan pertandingan
Mengikut Peraturan Pertandingan yang dikuatkuasakan sepanjang Kejohanan Ragbi Sentuh 5 Sebelah Kolej Matrikulasi Pahang 2012

Kategori pertandingan
Kategori Lelaki (Mengikut Blok Kediaman B1 dan B2)
Kategori Wanita (Mengikut Blok Kediaman A1, A2, C1 dan C2)

Penyertaan
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Pahang.
Penyertaan pasukan terdiri daripada penghuni blok kediaman yang sama sahaja.
Bagi Kategori Lelaki, setiap blok kediaman dibenarkan mendaftar tidak melebihi 3 (tiga) pasukan.
Bagi Kategori Wanita, setiap blok kediaman dibenarkan mendaftar hanya 1 (satu) pasukan sahaja.
Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Penyertaan rasmi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Yuran penyertaan adalah RM14.00 untuk setiap pasukan. Bayaran hendaklah dibuat semasa menyerahkan Borang Penyertaan.
Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan sebelum tarikh tutup penyertaan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Februari 2012 (Khamis). Sebarang kelewatan pendaftaran sila hubungi pihak penganjur.
Cabutan undi kedudukan pasukan dalam kumpulan akan pada 17 Februari 2012 (Jumaat).

Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan
Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 7 orang pemain. (minimum 5 orang pemain).
Wakil pasukan hendaklah mengesahkan pendaftaran pasukan ke meja teknikal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan pertama bermula.
Sekiranya seseorang pemain tercedera dan tidak dapat bermain, pasukannya boleh menggantikan pemain tersebut dan pemain tersebut hendaklah didaftarkan dalam borang pendaftaran (sebelum perlawanan pertama pasukan)
Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain yang tidak didaftarkan sepanjang pertandingan, penyertaan pasukan boleh dibatalkan serta-merta.

Waktu Sesuatu Perlawanan
Semua pasukan hendaklah berada di padang 5 minit sebelum perlawanan bermula.
Sekiranya kedua-dua pasukan gagal untuk berada di padang 5 minit sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan tersebut boleh ditolak penyertaannya.

Kelewatan
Hanya 5 minit diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan tiga (3) mata kemenangan dan bilangan try 3-0.

Bilangan Pemain Minima
Sesebuah pasukan hendaklah menurunkan sekurang-kurangnya 3 orang pemain yang berdaftar apabila pengadil memerintah perlawanan dimulakan. Mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini maka kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan dengan bilangan try 3-0.
Sekiranya kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 3 pemain di padang selepas 5 minit apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan maka penganjur mempunyai kuasa untuk membatalkan peyertaan kedua-dua pasukan dan wang pendaftaran TIDAK akan dikembalikan kepada pasukan tersebut.

Penggantian Pemain
Mana-mana 7 pemain yang berdaftar boleh diganti/ditukar pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan.
Mana-mana pemain yang telah diganti dibenarkan bermain semula didalam perlawanan tersebut.

Format Perlawanan
Kategori Lelaki (3 Pasukan Satu Kumpulan)
Pasukan dalam kategori ini akan bermain secara liga satu pusingan untuk menentukan kedudukan Pool.
Tempat Pertama dan Kedua dalam setiap kumpulan akan bermain pada peringkat Separuh Akhir (Johan setiap kumpulan akan bertemu Naib Johan kumpulan yang satu lagi).
Pemenang peringkat Separuh Akhir akan bermain pada peringkat Akhir.
Pasukan yang tewas pada peringkat Separuh Akhir akan bermain bagi penentuan tempat Ketiga dan Keempat.

Kategori Wanita (4 pasukan) 
Pasukan dalam kategori ini akan bermain secara liga satu pusingan untuk menentukan kedudukan Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat.

Cara Menentukan Keputusan (Pusingan Liga)
Bagi pertandingan peringkat liga, mata berikut akan diberi:

Menang                 -           3  Mata
Seri                        -           1  Mata
Kalah                     -           0  Mata
No Show               -           0  Mata
Walk – over           -           3  Mata
  
Sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang terikat dengan mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan berpandu kepada urutan berikut:

Pasukan dengan lebih perbezaan skor dikira pemenang (try - kena).
Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah try terbanyak dikira pemenang.
Jika masih seri, pasukan yang pernah menewaskan lawannya dikira pemenang.

Cara Menentukan Keputusan (Separuh Akhir & Akhir)
Bagi pertandingan peringkat Separuh Akhir dan Akhir, sekiranya berlaku seri selepas tamat masa sebenar permainan, urutan berikut akan diguna pakai bagi menentukan pemenang:

Masa tambahan 5 minit sehala ‘Sudden Death’ akan diberi dengan pemain dikurangkan kepada 4 orang sahaja.
Pasukan yang mendapat try dalam tempoh tersebut akan diisytihar sebagai pemenang.
Sekiranya masih tiada keputusan selepas masa tambahan berakhir, maka akan diberikan tendangan penalti sebanyak 3 kali setiap pasukan. Jika seri juga maka 1 tendangan penalti akan diberikan lagi. Jika seri juga, 1 tendangan penalti akan diberikan. Jika keputusan tidak berubah, lambungan syiling ‘best of three’ yang dilakukan oleh pengadil bagi menentukan pemenang.
Pihak pengadil berhak menentukan pasukan mana yang dulu akan melakukan tendangan penalti melalui undian. Pihak penganjur juga berhak menentukan jarak tendangan penalti.

Tempoh Perlawanan
Tempoh perlawanan bagi peringkat kumpulan adalah 10 minit sehala.
Masa perlawanan Separuh Akhir dan Akhir ialah 7 minit setiap bahagian (7 minit – 1 minit – 7 minit).

Perlawanan Yang Ditunda Atau Diberhentikan 
Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang ditunda diluar kawal kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kejohanan. Jawatankuasa kejohanan akan menentukan bilakah perlawanan yang tertunda atau terhenti itu akan diadakan.
Jika perlawanan telah dijalankan lebih 7 minit keputusan perlawanan dikekalkan.

Tindakan Tatatertib
Tindakan tatatertib secara automatik akan dilaksanakan keatas pemain-pemain seperti berikut:

Seseorang pemain yang telah dikenakan kad kuning sebanyak 2 kali oleh pengadil didalam satu-satunya perlawanan, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan.
Seseorang pemain yang telah dikenakan kad merah oleh pengadil, pemain tersebut secara automatik akan digantung satu perlawanan.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang memulakan PERGADUHAN atau mengeluarkan terus kedua-dua pasukan yang terlibat dari menyertai perlawanan seterusnya dalam pertandingan ini dan yuran penyertaan TIDAK akan dikembalikan.
Jawatankuasa kejohanan (teknikal) boleh mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pemain atau pasukan selain daripada peruntukan yang dinyatakan jika perlu.
Keputusan jawatankuasa adalah muktamad dalam membuat keputusan sebarang PERGADUHAN

Pakaian Pemain
Jersi hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing.
Jersi boleh ada atau tiada nombor pemain.
Warna asas pada jersi perlulah sepadan.
Sekiranya warna jersi pasukan sama, salah satu pasukan akan memakai ’beep’.

Bantahan 
Semua bantahan dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Ketua Pasukan berkenaan dan diserahkan kepada pihak jawatankuasa penganjur dalam masa 30 minit selepas perlawanan.
Sebarang bantahan hendaklah disertakan wang tunai sebanyak RM50 (tidak akan dikembalikan). Keputusan Ahli Jawatankuasa penganjur adalah muktamad.

Hadiah Yang Disediakan

TEMPAT PERTAMA
-
T-Shirt, Baucar Makanan dan Sijil
TEMPAT KEDUA
-
T-Shirt, Baucar Makanan dan Sijil
TEMPAT KETIGA
-
T-Shirt, Baucar Makanan dan Sijil
TEMPAT KEEMPAT
-
Baucar dan Sijil

Nota : Sijil Penyertaan akan diberi kepada setiap pasukan yang bertanding bagi keperluan Markah 10% Kokurikulum ke IPTA.

Hal-hal Yang Tidak Diperuntukkan
Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan dan pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan atau memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan kejohanan dan keputusan penganjur adalah muktamad.
  
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berhubung dengan sukan ragbi sentuh dan pendaftaran pasukan sila hubungi:

En. Salim bin Yusof                      : 01X XXXXXXX
Unit Kokurikulum, KMPh              : 09 5495000